Dari tahun ke tahun, ada saja khabar angin yang meramalkan kedatangan versi kedua iPhone bersaiz kecil ini, tetapi sehingga sekarang ia masih tidak muncul tiba.
Kini menambah satu lagi kepada ura-ura tersebut, pengalisis Ming-Chi Kuo mendakwa iPhone SE 2 akan diperkenalkan pada suku pertama tahun 2020 bersama-sama AirPods versi baru.
Dinyatakan juga, fizikal model itu akan menyerupai iPhone 8 tetapi dengan komponen dalaman yang lebih baru seperti cip A13 Bionic serta RAM 3GB. Selain itu, berkemungkinan juga iPhone SE 2 akan dilengkapkan dengan ciri Touch ID serta satu kamera belakang.
Kuo menjangkakan melalui iPhone SE 2 ini, ia dilihat sebagai pilihan naik taraf terbaik bagi pemilik iPhone 6 dan iPhone 6 Plus.
Sumber: MacRumours
Berkaitan
- MyFreeView Hidang 15 Saluran TV, Dijangka Tambah Penyiar Baru Selepas Ini
- µTorrent Dilapor Mempunyai Kelemahan Sekuriti
- Samsung Note 8 Turun Harga, Boleh Dimiliki Pada Nilai RM2499
- Asus ROG Mothership GZ700 Diperkenalkan, Dilengkapi Kad Grafik Nvidia GeForce RTX 2080
- Jom Kenali Jenis Cip Pemproses Telefon Anda - ARM, ARM64 atau x86?
- Forbes: Samsung Adalah Majikan Terbaik Dunia Bagi Tahun 2020
- iPhone SE 2020 Dapat Skor DxOMark Yang Sama Seperti Pixel 3a
- iflix Free - Bolehkan Anda Strim Secara Percuma
- Apple Bersiap-Siap Nak Keluarkan iPhone SE 3
- Imej Perbezaan Ikon Dari MIU V1 Sehingga MIUI 9