Menurut Ming-Chi Kuo, Apple mungkin akan kembalikan port HDMI dan pembaca kad SD pada MacBook Pro baharu.
Sejak MacBook Pro 2016 dan ke atas, port ini sudah tidak lagi kelihatan kerana Apple berpendapat rekaan sebegitu lebih cantik.
Namun, ketiadaannya agak menyusahkan terutama bagi golongan fotografer dan videografer.
Walaupun aksesori tambahan pada USB-C boleh digunakan, tetapi ia tidak berapa praktikal berbanding port pada komputer riba.
Jika benar perkara ini berlaku, ia merupakan satu berita menarik memandangkan model MacBook Pro banyak dipakai golongan profesional.
Selain itu, MacBook Pro yang mungkin hadir dengan rekaan baharu, sokongan MagSafe dan cip Apple Silicon dijangka dilancarkan pada pertengahan tahun ini.
Sumber: macrumors
Berkaitan
- MediaTek Akan Umum Cip Pemproses 6nm Pada 20 Januari
- POCO X3 Pro Dijangka Akan Dilancarkan Pada Hujung Bulan Ini
- Satu Kipas Tak Cukup, Lenovo Legion 2 Pro Ada Dua Kipas
- POCO M3 Pro 5G Rasmi, Telefon 5G Termurah Di Malaysia
- Huawei Sedang Bangunkan Kirin 9020 Yang Berasaskan Pemproses 3nm
- Dia Kembali, HUAWEI P50 Pro Akan Masuk Malaysia - Guna Snapdragon 888
- Samsung Exynos 2200 Mahu Bersaing Dengan Cip Apple M1
- Rekaan MacBook Pro Akan Dikemaskini - Sokongan MagSafe, Tiada Touch Bar
- SKMM Wujudkan Proses Baru Bagi Selesaikan Masalah Capaian Perkhidmatan Komunikasi
- Apple Lancarkan Program Gantian Untuk iPhone 11 Yang Mengalami Masalah Skrin Sentuh