Apple Mungkin Hasilkan iPhone Dengan Skrin Lengkung

Menurut sumber yang diperoleh dari penganalisis KGI Securities, Ming-Chi Kuo , syarikat Apple dijangka mengeluarkan 3 jenis model iPhone pada tahun hadapan.

Beliau memberitahu, antara model yang akan diperkenalkan adalah versi 4.7 inci dengan lensa kamera tunggal beserta paparan LCD, versi 5.5 inci dengan kamera dwi-lensa dan paparan LCD, model ketiga adalah versi paparan OLED (skrin lengkung) baru yang juga hadir dengan kamera dwi-lensa.

Walaupun tidak menjelaskan secara terperinci saiz paparan bagi model OLED yang dikhabarkan akan menjadi model premium syarikat itu pada 2017, Kuo sebelum ini pernah memberitahu Apple akan melancarkan iPhone dengan skrin lengkung OLED bersaiz 5.8 inci. Penganalisis dari Barclays baru-baru ini turut menyatakan perkara yang sama dimana dua versi bakal hadir dengan skrin lengkung serta tanpa bezel; 5 inci dan 5.8 inci.

Laman web Jepun, Nikkei turut melaporkan khabar angin yang serupa dimana tiga model iPhone dengan rekaan kaca pada bahagian belakang masing-masing bersaiz 4.7 inci, 5 inci, dan 5.5 inci. Laporan dari mereka yakin salah satu dari tiga versi itu merupakan model premium dengan skrin lengkung OLED dan dua versi lagi adalah paparan LCD standard.

Sumber: Macrumours