Apple Mungkin Akan Menggantikan Apple Watch Series 3 Yang Rosak Kepada Series 4

Yay!


Jika anda dapati Apple Watch Series 3 yang rosak untuk dibaiki di pusat servis sah Apple, tetapi digantiakn dengan model Apple Watch Series 4, anda janganlah pula terkejut.

Ia berdasarkan kepada memo dalaman yang diterima oleh pusat servis sah Apple yang menyatakan bahawa Apple Watch Series 3 yang rosak dan perlu dibaik pulih akan digantikan dengan Apple Watch Series 4.

Ia dipercayai berikutan kekurangan inventori bagi Apple Watch Series 3 ketika ini. Ini bermakna, sekiranya anda menghantar model Apple Watch Series 3 (GPS + selular) ke pusat servis sah Apple, mereka mungkin akan menggantikannya dengan model Apple Watch Series 4 (GPS + selular).

Jadi, janganlah terkejut atau marahkan staf pusat servis Apple pula. Sebaliknya anda patut bersyukur kerana diberikan model peranti yang lebih baru.

Sumber: 9to5Mac