Pastinya ramai pengguna iPhone yang tidak bersetuju dengan tindakan Apple ini.
Menurut portal MacRumors, mereka mengesahkan bahawa pihak Apple akan membuang ciri yang dikenali sebagai 3D Touch pada peranti iPhone.
Ciri tersebut dikatakan akan dibuang bermula dari model iPhone terbaru (iPhone 11, 2019) yang dijangka akan diperkenalkan dalam bulan September tahun ini.
Sumber info ini didakwa diterima daripada pihak pembekal Apple bagi peranti iPhone dari Asia.
Jika maklumat ini benar seperti apa yang didakwa, ia pastinya tidak digemari oleh pengguna iPhone yang banyak bergantung kepada ciri 3D Touch tersebut.
3D Touch merupakan ciri mengesan sensitiviti tekanan jari pengguna pada skrin peranti yang membolehkan ia menjalankan sesuatu arahan berdasarkan kekuatan tekanan jari pengguna.
Sebagai contoh, pengguna iPhone boleh melihat kandungan e-mel tanpa mereka perlu membukanya dari dalam aplikasi.
Ia adalah satu ciri eksklusif yang hanya dimiliki iPhone. Teknologi tersebut mula diperkenalkan Apple pada tahun 2015 pada peranti iPhone 6s dan 6s Plus.
Sebab mengapa ciri itu dibuang dari iPhone nanti dikatakan ada kaitan dengan penjimatan kos serta mungkin bagi menambahkan ruang untuk perkakasan lain pada iPhone terbaru nanti.
Perkakasan Taptic Engine yang mengawal ciri 3D Touch iPhone serta mahal harganya itu yang akan dibuang dari iPhone dikatakan akan dapat menjimatkan kos iPhone sekaligus meningkatkan keuntungan bagi Apple.
Manakala ruang yang ada itu pula mungkin akan digantikan bagi memasukkan kapasiti bateri yang lebih besar ke dalam peranti tersebut.
Jadi para pengguna iPhone, apa pandangan anda? Adakah ciri 3D Touch begitu penting kepada iPhone anda?
Berkaitan
- Prestasi Xiaomi 11T Pro Didakwa Akan Menjadi Perlahan Walaupun Peranti Tidak Terlampau Panas
- Bos Kripto Thodex Dijatuhi Hukuman Penjara Lebih 11 Ribu Tahun
- 2019 Adalah Tahun Kedua Paling Panas Direkodkan Dalam Tempoh 140 Tahun
- Hanya 21% Pengguna Rasa Berbaloi Berhutang Demi iPhone 15 - Kajian
- Kesilapan Kemas Kini iOS 12.4 Menyebabkan Penggodam Dengan Mudah Menghasilkan Versi Terbaru 'Jailbreak' Untuk iPhone
- Apple Tamatkan Keupayaan Peranti Pihak Ketiga 'Shut Down' iPhone
- Pemilik BMW Alami Isu Cip NFC iPhone 15 Pro Rosak Selepas Caj Secara Tanpa Wayar
- Penguna Mendakwa Kemas Kini Windows 11 Untuk Bulan Februari Buat "Hal"
- Xiaomi 11 Lite 5G NE Dilancarkan, Harga Sekitar ~RM2100
- Skor Markah DxOMark Bagi Kamera Xiaomi 12S Ultra Lebih Rendah Berbanding 11 Ultra