Apple Mungkin Akan Beli Syarikat Pembuat Kereta McLaren - Laporan








21 Sep - Apple kini sedang mempertimbangkan untuk membeli syarikat pembuat kereta Britain, McLaren Technology Group, dan kini sedang dalam proses perbincangan dengan syarikat tersebut, menurut laporan dari Matthew Garrahan dan Tim Bradshaw di Financial Times.



Beberapa sumber turut mengatakan syarikat itu mungkin akan mengambil alih syarikat McLaren.



Tambah laporan itu lagi, harga bagi McLaren Technology Group adalan antara £1 billion (RM 5.3 billion) ke £1.5billion (RM 8 billion).



McLaren, sebuah syarikat pengeluar kereta Britain, dilaporkan mengalami kerugian sebanyak £22.6 juta (RM121 juta) pada 2014.



Apple sebelum ini pernah diura-urakan dengan projek kereta yang bernama 'Project Titan' untuk mencipta kereta mereka sendiri, namun syarikat tersebut tidak pernah mengesahkan ura-ura tersebut.