Apple Mulakan Proses Pembuatan Cip 7nm A12 Mereka

Apple Inc. dengan rakan industri mereka, Taiwan Semiconductor Manufacturing Co. telah memulakan proses pembuatan besar-besaran cip A12 yang akan digunakan untuk peranti iPhone selepas ini.

Cip yang menggunakan teknologi fabrikasi 7nm itu akan menjadi cip Apple paling kecil dan dijangka akan memberikan prestasi terpantas dan cekap terbaik untuk penggunaan iPhone.



Sebagai perbandingan, cip mereka yang lepas A11 telah menggunakan teknologi fabrikasi 10nm sama seperti cip Qualcomm, Snapdragon 845. Bukan Apple sahaja yang bakal menggunakan cip yang lebih kecil dari 10nm kerana Samsung juga telah memulakan proses pembuatan cip mereka sendiri dengan teknologi 7nm bersama-sama TMC.

Dengan proses pembuatan yang lebih rumit, penghasilan cip pemprosesan dijangka akan memberikan hasil yang lebih sedikit dengan kos yang sedikit meningkat.