Apple Mula Terima iPhone Dengan Bateri Pihak Ketiga Untuk Diperbaiki

Apple telah pun mengemaskini polisi mereka apabila mereka kini mula menerima iPhone untuk diperbaiki di Genius Bar dan Apple Authorized Service Providers(AASP) walaupun ia menggunakan bateri dari pihak ketiga.

Menurut salinan memo yang didedahkan MacRumors, Apple tidak lagi mengendahkan bateri pihak ketiga yang digunakan sekiranya baikpulih yang diperlukan adalah tidak berkaitan dengan bateri peranti.

Namun, jika ia berkaitan bateri sekalipun, mereka akan tetap tukarkan bateri pihak ketiga yang digunakan dengan bateri yang baru dengan harga yang biasa dikenakan.

Kapsyen: MacRumors


Malah, sekiranya tab bateri iPhone hilang atau mengalami kerosakan serius dan masih dibawah tempoh waranti, Apple akan tukarkan peranti tersebut dengan iPhone yang baharu dan pelanggan hanya akan dikenakan bayaran kos penggantian bateri asli sahaja.

Bagaimanapun, Apple masih lagi tidak berkompromi dengan penggunaan perkakas pihak ketiga lain seperti mikrofon, penyambung Lightning, bicu audio, butang kuasa serta kawalan bunyi dan lain-lain.

Polisi baharu Apple ini berkuat-kuasa sejak Khamis lalu dan ia digunakan di peringkat global serta-merta.

 

Sumber: MacRumors