Apple Mohon Maaf Masalah Pepijat FaceTime, Berjanji Akan Selesaikannya Minggu Hadapan

Awal minggu lalu, pengguna iPhone digemparkan dengan laporan masalah pepijat yang menyerang fungsi FaceTime berkumpulannya.

Masalah itu menyebabkan video dan audio penerima panggilan dapat dilihat dan didengar oleh pemanggil walaupun sebelum panggilan tersebut dijawab.

Apple bertindak pantas untuk menyah-aktifkan fungsi berkenaan. Mereka juga mengeluarkan kenyataan maaf dan berjanji akan menyelesaikan masalah tersebut pada minggu hadapan.

MacRumors


Penyelesaian itu dijangka akan didatangkan bersama kemaskini iOS 12.1.4 nanti.

Dalam pada itu, menurut MacRumors, peranti yang tidak menyokong atau tidak dikemaskini kepada iOS 12.1.4 tidak akan dapat menggunakan fungsi FaceTime berkumpulan lagi selepas ini.

Selain iOS, fungsi ini pada macOS juga dikatakan telah terjejas dengan masalah yang sama.

Namun tiada maklumat mengenai penyelesaian untuk sistem tersebut daripada Apple setakat ini.

 

Sumber: 9to5Mac   MacRumors