Apple Merancang Untuk Cipta Sistem “Tap- to-Pay” Bagi Pengguna Tren Di Jepun








Apple dikhabarkan mahu membina sistem
bayaran tiket pengangkutan awam dengan hanya menggunakan peranti popular
mereka, iPhone.





Menurut Bloomberg, Apple akan memasukkan cip
RFID tanpa sentuh Sony Felica kedalam iPhone untuk versi yang akan datang.
Walaupunbegitu, negara matahari terbit itu sudah memulakan sistem bayaran
dengan menggunakan peranti mudah alih 10 tahun lebih awal sebelum Apple
memperkenalkan Apple Pay pada 2014. Sistem dompet mudah alih yang dikenali
sebagai Osaifu-Keitai itu boleh didapati pada sistem pengangkutan awam, kedai
serbaneka dan kedai makanan segera  seluruh Jepun.







Sistem Osaifu-Keitai Di Jepun




Maklum balas dari orang ramai menyatakan
mereka bimbang iPhone mungkin tidak akan berfungsi pada mesin pembaca
Osaifu-Keitai yang kini jumlahnya kira-kira 1.9 juta buah di serata Jepun.