Apple Menyambut Harijadi Mereka Yang Ke-42

42 tahun lepas apabile Steve Jobs, Steve Wozniak dan Ronald Wayne mengambil keputusan untuk menubuhkan Apple Computer di dalam garaj Jobs, mereka pasti tidak menjangka syarikat itu akan menjadi syarikat paling berharga di dunia mengikut Forbes.

https://youtu.be/XrhmepZlCWY

Produk pertama yang dihasilkan mereka adalah Apple I yang dihasilkan melalui tangan oleh Steve Wozniak. Produk tersebut dipertontonkan ke Homebrew Computer Club dan dijual sebagai papan induk, berbeza dengan konsep komputer peribadi yang kita ketahui hari ini.



Pelbagai perkara berlaku semasa mereka membina syarikat itu dan tidak semuanya manis sehinggakan Jobs pernah ditendang keluar dari syarikat yang diasasnya.

Apple bijak memainkan strategi pemasaran mereka dan ketika itu dan strategi tersebut membuahkan hasil apabila berhadapan dengan gergasi seperti Microsoft, Google, dan lain-lain.



Apple Inc. berjaya mengubah persepsi masyarkat terhadap barangan elektronik harian dari segi penggunaan dan juga rekabentuk. Tidak dinafikan, produk Apple direka dengan cantik yang menjadi falsafah bagi Steve Jobs dalam menghasilkan sesuatu produk oleh Apple.



Apple maju lebih setapak dengan pengenalan telefon pintar mereka, iPhone. Ketika dilancarkan, Jobs memanggilnya produk berevolusi, magik dan 5 tahun lebih kedepan berbanding telefon bimbit lain.



Hari ini, Apple Inc. dinilai sebagai jenama paling bernilai oleh Forbes, meninggalkan organisasi-organisasi lain seperti Google, Microsoft dan Facebook termasuk dengan kampus Apple yang tersergam indah di lembah silikon, Cupertino, California.