Apple Meningkatkan Kapasiti Muat Turun Dari 100 MB Ke 150 MB Untuk Apple Store

Memang disyorkan untuk menggunakan sambungan Wi-Fi bagi melakukan sebarang jenis muat turun yang melibatkan saiz data yang besar. Perkara ini sudah menjadi kebiasaan untuk pengguna iPhone yang hanya boleh memuat turun sebarang aplikasi atau fail dari Apple Store yang dihadkan sehingga 100 MB sahaja.

Apple baru-baru ini telah meningkatkan kapasiti tersebut dari 100 MB ke 150 MB. Peningkatan kapasiti ini tidaklah begitu besar namun dapat memberi sedikit fleksibiliti kepada pengguna Apple semasa mahu memuat turun semasa menggunakan sambungan pelan data.

Perubahan ini mungkin berpunca dari pelancaran iPhone X yang menawarkan resolusi paparan yang lebih tinggi. Ini bermakna pembangun aplikasi boleh mengguna kelebihan ini dalam aplikasi mereka dan secara tidak langsung meningkatkan saiz muat turun data tersebut.