Apple Mengungguli Tempat Teratas Sebagai Jenama Paling Berharga

Untuk kali ke-5 berturut-turut dalam masa 5 tahun, Apple mengalahkan jenama-jenama lain seperti Google, Microsoft dan lain-lain untuk dinobatkan sebagai jenama paling bernilai. Senarai ini telah dikeluarkan oleh Interbrand, sebuah firma perundingan jenama global.

Nilai Apple meningkat kepada RM 776 bilion, peningkatan sebanyak 3% dari tahun lepas. Google menduduki tangga ke-2 dengan nilai jenama sebanyak RM 600 bilion dan Microsot di tempat ketiga dengan nilai RM 337 bilion.

Walaubagaimanapun, pertumbuhan nilai Apple dilihat semakin menurun dengan jenama lain semakin meningkat naik. Semuanya dari sektor teknologi. Facebook yang menduduki tempat ke-8 tahun ini telah mendapat tempat pertama dalam kategori 'Top Growing' dengan peningkatan 48%.