Apple Menghasilkan Topeng Muka "Mask Pro"?

Kalau betul dihasilkan, adakah anda akan membelinya?


Topeng muka anda habis? Bosan dengan rupa topeng muka yang sama? Mahukan topeng muka yang lebih menarik dan lebih bergaya?

Jadi anda patut dapatkan topeng muka "Mask Pro" dari Apple ini. Cuma, betulkah Apple benar-benar menghasilkan topeng muka tersebut?

Jangan terpedaya jika ada yang mengkhabarkan bahawa Apple menghasilkan topeng muka "Mask Pro".

Ini kerana topeng muka itu hanyalah rekaan konsep yang direka oleh Justin Ciappara. Beliau menghasilkan rekaan konsep topeng muka tersebut berikutan penularan wabak Covid-19.

"I came up with this concept after all social media is talking about this CoronaVirus and thought about creating a landing page design about this new Apple Mask Pro." Justin Ciappara.

Beliau juga mereplika rekaan tapak laman yang menyerupai laman sesawang Apple bagi memaparkan seolah-olah Apple benar-benar menghasilkan topeng muka tersebut.

Terdapat sebanyak 4 rekaan konsep topeng muka Apple yang direka beliau iaitu iMask, Apple Mask, Apple Mask Pro serta edisi premium Mask Hermes Edition.

Kapsyen: Siap lengkap dengan perincian harga dan spesifikasi topeng muka.


 

Kapsyen: Edisi topeng muka Mask Hermes Edition.


Jika anda berminat dengan hasil kerja beliau, bolehlah layari laman muka just.com.mt bagi melihat hasil kerjanya yang lain.

Berkaitan