Apple Menghadapi Kekurangan Cip Kuasa Untuk iPhone 12

Laporan terkini menyatakan Apple sedang berusaha menyelesaikan kekurangan cip kuasa utama yang menguruskan penggunaan kuasa iPhone dan peranti lain.

Ia juga boleh mempengaruhi Apple dalam membekalkan iPhone 12 dan memenuhi permintaan semasa peranti ini.



Menurut Bloomberg, Apple menghadapi masalah ini kerana sekatan perdagangan dan gangguan rantaian bekalan yang disebabkan pandemik global yang masih berlaku.

Mengingat kembali ciri iPhone 12, pengurusan kuasa pada peranti ini sangat penting berbanding peranti lain seterusnya meningkatkan permintaan Apple untuk komponen ini.

Tim Cook juga menyatakan perkara ini tidak mengejutkan dimana mereka baru sahaja meningkatkan pengeluaran iPhone 12.

iFixit sebelum ini telah mendedahkan bahawa Apple mempunyai pelbagai pembekal cip pengurusan kuasa pada iPhone 12.

Sistem kamera iPhone 12 menggunakan komponen dari Texas Instruments manakala STMicroelectronics menyediakan cip serupa dan Qualcomm untuk modem 5G.



Pengurusan kuasa dalam peranti baharu ini direka khas oleh Apple dimana mereka peroleh teknologi dan aset dari Dialog Semiconductor Plc dengan harga $600 juta untuk membina cip pengurusan kuasa sendiri pada tahun 2018.

Gangguan pada peranti ini membangkitkan persoalan mengenai kemampuan Apple menggembleng permintaan produk ini di China berikutan prestasi pendapatan suku tahunan terburuk di sana sejak 2014.

Di pasaran AS, tempahan iPhone 12 Pro tidak akan sampai kepada pengguna sehingga hujung November atau awal Disember.

Manakala, iPhone 12 tidak menerima nasib yang sama sementara iPad pula akan tiba pada pertengahan atau hujung November 2020.

Sumber: ithome, bloomberg