Apple Menggantung Sementara Program Yang Membenarkan Pekerja Mereka Mendengar Perbualan Rakaman Siri

Pengguna sepatutnya diberi pilihan bagi membuang rakaman Siri pada kemas kini akan datang.


Susulan daripada pendedahan berkaitan kontroversi Siri yang didakwa merakam pelbagai perbualan sulit dan seterusnya menghantar perbualan tersebut ke pelayan.  Apple kini dikhabarkan akan menggantung sementara program yang membenarkan syarikat kontraktor yang menguruskan perkhidmatan Siri itu daripada mendengar rakaman Siri.

We are committed to delivering a great Siri experience while protecting user privacy. While we conduct a thorough review, we are suspending Siri grading globally” Juru cakap bagi pihak Apple.

Walaupun Apple sebelum ini menegaskan bahawa rakaman Siri tidak merakam segala perbualan khususnya berkaitan hal-hal peribadi, tetapi daripada apa yang didedahkan oleh pihak dalaman firma itu, mereka mendengar pelbagai perbualan pengguna termasuklah rakaman suaran pasangan melakukan hubungan seks, urusan jual beli dadah, laporan kesihatan pesakit dan banyak lagi.

Berikutan isu itu juga, Apple memaklumkan bahawa mereka akan menyediakan ciri bagi membolehkan pengguna membuat pilihan sama ada ingin menyertai program yang membenarkan pihak mereka mendengar perbualan Siri ataupun tidak pada kemas kini akan datang.

Tetapi Apple tidak pula menyatakan sama ada dalam kemas kini itu nanti akan dilengkapi ciri yang membolehkan pengguna membuang rakaman perbualan Siri sepertimana ciri yang disediakan oleh Amazon dan Google pada peranti mereka.

Sumber: CNBC