Apple Mengemas Kini Sistem Operasi Jam Pintar Apple Watch Kepada watchOS 7

Selain memperkenalkan iOS 14 dan iPadOS, Apple turut memperkenalkan versi terbaru sistem operasi bagi jam pintar mereka iaitu watchOS 7.

Antara ciri utama diperkenalkan pada versi terbaru ini adalah perubahan konfigurasi antaramuka, memudahkan pengguna menetapkannya mengikut pilihan mereka.

Selain itu, terdapat juga ciri Face Sharing, sokongan arah kayuhan basikal pada Maps di Apple Watch, penjejakan aktiviti tidur serta aplikasi Activity kini dikenali sebagai Fitness.

Kapsyen: Ciri penjejakan tidur membantu penggunanya bilakah mereka patut bangun dari tidur atau bilakah mereka perlu tidur.


Selari dengan norma baharu pasca Covid-19, watchOS 7 turut dilengkapi dengan pengesanan kekerapan dan keberkesanan membasuh tangan.



Beli Apple Watch di: Lazada (https://invol.co/clpg8y)