Apple Mengalami Penurunan Dalam Kedudukan Komputer Riba Tahun 2017

Keputusan Apple untuk menyediakan satu port USB-C dalam komputer riba Macbook memakan diri apabila keadaan itu tidak disukai oleh pengguna.

Akibatnya, mereka mengalami penurunan dalam kedudukan tahunan komputer riba oleh Laptop Magazine.

Apple sebelum ini memegang tempat pertama dalam kedudukan Laptop Magazine sejak tahun 2010 tetapi untuk tahun 2017, mereka jatuh ke tempat ke-6.

Laptop Magazine memberi markah berdasarkan 6 faktor kritikal: rekaan, sokongan, inovasi, nilai, pilihan dan waranti.

Komputer Apple memperoleh markah sebanyak 78 dari 100.

Ini kerana harganya yang mahal dan hanya mempunyai satu port USB-C yang memaksa pengguna untuk membawa 'dongle' untuk memaksimakan penggunaan komputer riba.

Selain daripada itu, Apple mendapat markah yang baik untuk bahagian lain.

"Komputer riba Macbook nipis, berkuasa dan dibina dengan baik, tetapi anda perlukan duit yang banyak dan beberapa 'dongle'," tulis Laptop Magazine.

"Sokongan dan waranti syarikat adalah terbaik di dalam pasaran."

Mengambil tempat teratas dari Apple ialah Lenovo.

Mereka lompat dari tempat ke-4 dalam tahun 2016 hasil dari penggunaan teknologi terkini dan peningkatan sokongan pelanggan."

Lenovo mendapat 90 dari 100 markah.

Di tempat ke-2 pula ialah Asus yang naik satu anak tangga dari tempat ke-3 tahun lepas.

Dell, Hp dan Acer melengkapkan 5 kedudukan teratas.

Samsung dan Microsoft pula hadir di tempat 2 terakhir.

Sumber