Apple Mendominasi Ranking Keuntungan Telefon Pintar Dunia

Keuntungan pasaran telefon pintar dunia dilihat berlaku penurunan sebanyak 11% pada suku ketiga 2019. Hal ini mungkin disebabkan inovasi yang ditawarkan tidak cukup untuk pengguna membeli peranti baharu.


Kredit : Counterpoint


Menurut sumber dari Counterpoint Research, Apple kekal mendominasi pasaran telefon pintar dunia dengan memperoleh 66% keuntungan industri dan 32% pendapatan telefon pintar. Dengan jualan yang memberangsangkan di Eropah, Jepun dan Amerika Syarikat, ia merupakan antara punca Apple mendominasi rankin pasaran dunia.

Manakala Samsung dan Huawei dilihat mendapat peningkatan pendapatan di mana Samsung berada di tangga yang kedua dengan mendapat 17% pendapatan jualan. Ia berikutan penjualan Siri Galaxy A dan Siri Galaxy Note 10 yang menyebabkan berlakunya peningkatan tersebut.

 

Huawei pula berada di tempat ketiga dan dilihat masih mendominasi pasaran telefon pintar dari China. Pasaran telefon pintar dari China dilihat mendapat perhatian pengguna kerana menawarkan peranti dengan spesifikasi yang tinggi pada harga mampu milik.

Menurut Counterpoint lagi, pasaran telefon pintar dari China mungkin akan meningkat dengan mendadak dengan pelancaran peranti 5G pada tahun hadapan.

Sumber : Counterpoint, Gsmarena