Apple Mendahului Ranking Pasaran Tablet Pada Suku Ketiga 2019

Pasaran tablet pada hari ini dilihat semakin meluas di seluruh dunia. Jika dilihat, pelbagai syarikat gergasu dalam industri teknologi sentiasa menghasilkan tablet setiap tahun.

Menurut sumber, satu laporan dari International Data Corporation atau lebih dikenali sebagai IDC telah menunjukkan bahawa tiga dari lima syarikat pengeluar tablet telah mengalami peningkatan pasaran pada suku ketiga tahun ini.


Kredit : gsmarena


Antara syarikat yang mengalami peningkatan pada suku ketiga tahun ini ialah, Apple dengan peningkatan sebanyak 21.8%, Amazon pula meningkat sebanyak 25.6% dan Lenovo dengan peningkatan sebanyak 7.6%. Manakala Samsung dan Huawei pula menerima penurunan berbanding tahun lalu di mana Samsung mengalami penurunan sebanyak -4.4% dan Huawei mengalami penurunan sebanyak -15.8%.



Pada bahagian pasaran pula, Apple dilihat mendominasi ranking dengan mendapat peningkatan dengan 31.4% berbanding 26.3% pada tahun lalu. Ini kerana pihak Apple mendapat sambutan hangat dari siri ipad terbarunya dan kemaskini yang terdapat pada ipadOs yang mesra pengguna. manakala Amazon yang meningkat kepada 14.5%  disaing rapat oleh Samsung yang mendapat peningkatan kepada 12.3%.

 

Sumber : gsmarena