Apple Pendahulu Dalam Carta Fortune Global 500 Bagi Syarikat Teknologi

Sudah menjadi kelaziman majalah Fortune mengeluarkan senarai 500 syarikat dari seluruh dunia untuk setiap tahun. Menariknya tentang carta Fortune Global 500 terbaru ini adalah buat julung kalinya jumlah syarikat dari Asia (129) melebihi jumlah syarikat daripada Amerika Syarikat (121).

Berada dikedudukan nombor 11 bagi carta keseluruhan, Apple masih lagi mendahului sektor teknologi berbanding syarikat lain seperti Samsung (15), Hon Hai Precision (Foxconn) (23), Alpahbet (37), Microsoft (60), Huawei Investment & Holding (61). Xiaomi juga pertama kali tersenarai didalam carta ini dengan berada dikedudukan 468.

Syarikat ternama dari China, BBK Electronics yang memayungi nama-nama seperti OPPO, Vivo dan Oneplus tidak disenaraikan dalam Fortune Global 500 ini. Walaupun berada dalam carta ini, Nokia yang tersenarai adalah syarikat rangkaian dan komunikasi yang menerima royalti dari HMD Global yang diberikan lesen untuk bagi barisan telefon pintar mereka.

Selain syarikat teknologi, carta Fortune Global 500 turut menyenaraikan banyak lagi sektor terdiri daripada aeroangkasa dan pertahanan, pakaian, kenderaan, penjagaan kesihatan dan lain-lain. Untuk senarai lengkap boleh lanjutkan bacaan disini Fortune Global 500.

Sumber: Fortune via GSMArena