Apple Menambah Sehingga 2TB Sebelum iPhone 7 Dilancarkan 7 September Ini







Apple telah memperkenalkan pilihan storan iCloud sehingga 2TB dengan harga $19.99 (RM 81) sebulan. Harga ini sama dengan harga Google Drive dengan menawarkan 1TB dengan harga $9.99 (RM 41) dan ianya sedikit mahal berbanding pelan storan Microsoft dengan hanya $6.99 untuk 1TB.










Apple kini sedang bersiap sedia dengan pelancaran iPhone 7 mereka pada 7 September minggu hadapan. Dengan kapasiti iCloud yang meningkat ini, kita mungkin akan melihat iPhone 7 plus dengan memori dalaman 256GB.