Apple Memperketatkan Lagi Peraturan Mengenai App Store Mereka

Apple Inc. telah mengeluarkan garis panduan terbaru untuk platform App Store mereka selepas telah menghalang Steam, sebuah platform gaming untuk PC bagi menyediakan servis yang sama untuk peranti iPhone dan juga iPad.

Apple kini menggunakan peraturan yang baharu supaya mereka boleh memilih sendiri aplikasi mana yang boleh beroperasi di dalam App Store mereka. Apple memberikan alasan yang tiada aplikasi yang boleh kelihatan seperti app store yang membenarkan pengguna untuk melihat, memilih dan membeli perisian yang tidak dilesenkan oleh pengguna.

Namun, Apple membenarkan aplikasi yang berfungsi sebagai 'cermin', memindahkan skrin dari desktop ke iPhone dan sebarang transaksi mesitlah dibuat di dalam desktop  dan bukannya di dalam iPhone.Apple dilihat untuk melindungi kepentingan mereka kerana mereka berhak mengambil sehingga 30% dari harga jualan untuk sesuatu perisian di dalam App Store.



Steam sebagai platform yang terkenal di PC sebelum ini telah memperkenalkan Steam Link yang membolehkan pengguna memainkan permainan desktop di peranti iPhone mereka.

Apple bagaimanapun telah menghalang Steam Link dari beroperasi di dalam App Store. Penganalisa percaya perniagaan servis Apple yang meliputi App Store, iCloud dan Apple Music menjadi penyumbang utama pendapatan selepas perniagaan penjualan iPhone.

-