Apple Memperkenalkan Kemaskini iOS 10.3 dan WatchOS 3.2

Apple telah melancarkan kemaskini terbaru sistem operasi iOS 10.3 dan WatchOS 3.2. Kemaskini terbaru ini sudah boleh dimuat turun oleh kesemua peranti Apple. Antara yang menarik tentang kemaskini ini adalah seperti UI yang diberi penambahbaikkan seperti ciri 'Find My Airpods'. Oleh kerana fon telinga Airpods berfungsi tanpa wayar, ciri ini mungkin menjadi penyelesaian mudah untuk mengesan Airpods anda yang hilang.

gsmarena_001

Seterusnya, Siri juga kini mampu membayar bil dan menyemak status di aplikasi perbankan, memesan Uber, check livescore dan pelbagai lagi. CarPlay aplikasi terbina iOS kini mempunyai shortcut di ruang status untuk memudahkan pengguna pergi ke aplikasi yang sering digunakan. Manakala paparan Apple Music Now Playing juga diberi wajah baru.

gsmarena_002

Antara perubahan menarik untuk sistem operasi WatchOS 3.2 pula adalah penambahan Theater Mode yang membenarkan pengguna off telefon dan menjadikan paparan skrin gelap sehingga pengguna menyentuh (tap) skrin. Jadi dalam mod ini iPhone anda akan sentiasa silent dan gelap semasa anda berada di dalam panggung wayang.

Kepada yang dah update, apa pandangan korangĀ tentang kemaskini latest ni?

Sumber