Mereka menjanjikan perubahan dan meningkatkan privasi yang lebih baik kepada pengguna produk mereka.
Apple hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi mereka berhubung skandal mendengar perbualan Siri. Ia menjadi isu panas dalam bulan ini selepas Siri didakwa merakam pelbagai perbualan sulit dan seterusnya menghantar perbualan tersebut ke pelayan yang diuruskan oleh syarikat kontraktor yang menguruskan Siri.
Pendedahan tersebut didedahkan sendiri oleh pekerja yang bekerja di firma tersebut kepada pihak The Guardian pada Julai lalu.
Berikutan itu, pihak Apple memohon maaf atas kesilapan tersebut.
"We know that customers have been concerned by recent reports of people listening to audio Siri recordings as part of our Siri quality evaluation process. As a result of our review, we realize we haven't been fully living up to our high ideals, and for that we apologize." Apple.
Apple juga berjanji akan menambah baik dan meningkatkan privasi pengguna mereka pada masa depan.
"We heard their concerns, immediately suspended human grading of Siri requests and began a thorough review of our practices and policies. We’ve decided to make some changes to Siri as a result." Apple.
Apple bukanlah syarikat pertama yang didakwa merakam perbualan sulit penggunanya. Sebelum ini Google dan Amazon juga didakwa merakam perbualan peribadi pengguna mereka menerusi Google Assistant dan Alexa.
Berkaitan
- Siri iPhone 13 Menjadi Pilihan Utama Pengguna Di China Dan Jepun, Kuasai Pasaran Di 6 Buah Negara
- Ini Adalah Siri Redmi Note 10 Pertama Yang Terima Penarafan IP68
- iPhone Memacu Apple Kembali Sebagai Jenama Paling Bernilai Di Dunia Bagi Tahun 2022
- Perancis Arah Apple Tarik Balik Jualan iPhone 12 Dari Pasaran
- Semua Pengeluaran Apple Bakal Menggunakan Tenaga Boleh Diperbaharui Menjelang 2030
- Klon 'Apple Watch Series 7' Dilaporkan Muncul Di China
- Iman Troye Dipilih Sebagai Duta Pertama Telefon Pintar vivo Siri Y
- Siri OPPO Reno11 Rasmi, Harga Bermula RM1,899
- Apple Melepaskan Kemas Kini Terbaru iOS 13.1.3 Dan iPadOS 13.1.3
- Pengguna Aktif Peranti-Peranti Apple Kini Berjumlah Lebih Daripada 1.5 Bilion