Apple Memfailkan Saman Terhadap Swatch Atas Sebab Slogan Pemasaran 'Tick Different'

Apple sedang menyaman pembuat jam tangan Swiss, Swatch kerana slogan yang digunakan untuk jam tangan NFC terbaru mereka.

Mengikut laman web Swiss Watson, Apple bakal menghadapi pertarungan yang sukar untuk kes kali ini.

Swatch sebelum ini berjaya mendaftarkan tanda dagang, 'One more thing' yang gagal dihalang oleh Apple.

Ungkapan itu pernah digunakan oleh pengasas bersama Apple, mendiang Steve Jobs dalam memperkenalkan produk-produk terbaru di acara Apple.

Swatch pula mempertahankan dengan mengatakan mereka mendapat slogan itu dari detektif TV, Columbo

Sumber