Global

Apple Membeli Mesin Sendiri Untuk Menyiapkan iPhone 8 Tepat Pada Masanya

Apple memberi bantuan kepada kontraktor mereka dalam usaha mereka untuk menyiapkan model iPhone terbaru syarikat dari Cupertino itu.

Bunyinya seolah-olah sedang berhempas pulas bagi memenuhi kuota pengeluaran mereka dan memastikan bekalan peranti yang ditunggu-tunggu ramai mencukupi menjelang pelancarannya kelak.

Apple dikatakan telah membeli dan menyewakan mesin pengeluaran untuk menghasilkan alatan untuk digunakan oleh iPhone terbaru mereka.

Mengikut sumber dari The Korea Herald, satu sumber yang boleh dipercayai jika berkenaan Apple.

Keputusan itu tleah mengakibatkan kos kepada Apple dalam jumlah jutaan dolar Amerika merupakan langkah Apple menangani masalah kekurangan papan PCB setelah satu pembekal mereka telah menarik diri dari perjanjian asal.

Ini menyemarakkan lagi khabar angin mengatakan pelancaran model terbaru iPhone itu bakal ditunda sedikit lewat dari tarikh asal atau mungkin dijual dalam kuantiti yang sedikit.

Apa-apa pun kita tunggu lihat apa yang bakal Apple lancarkan pada bulan September nanti.

Sumber

Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Popular

To Top