Tetapi ramai yang mengatakan Apple tidak lagi berinovasi seperti dahulu...
Penganalisis dari Bank of America, Wamsi Mohan mendakwa, Apple Inc. telah melaburkan wang yang sangat banyak khusus untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) produk-produk mereka.
Menurut beliau, Apple telah membelanjakan sehingga USD13 bilion untuk tahun 2019 sahaja.
Ia adalah satu perbelanjaan yang sangat besar jika dibandingkan perbelanjaan untuk R&D mereka pada tahun 2009 dahulu di mana Apple hanya membelanjakan sebanyak USD1 bilion sahaja untuk tujuan tersebut.
Perbelanjaan yang dilaburkan ke dalam R&D itu pula menunjukkan bahawa Apple mensasarkan pembangunan teknologi bagi produk-produk baru yang lebih memfokuskan kepada kategori produk seperti peranti boleh pakai, kecergasan dan kesihatan.
Ia adalah berdasarkan rekaan produk terbaru yang telah dan dipatenkan Apple sebelum ini.
Walaubagaimanapun, fokus terhadap produk baru oleh Apple ini dilihat boleh mengancam penguasaan syarikat tersebut dalam pasaran peranti pintar dan komputer yang merupakan produk utama mereka sebelum ini.
Malah Apple juga kini dilihat lebih memfokuskan kepada perkhidmatan hiburan dengan pengenalan beberapa servis terbaru seperti AppleTV+ yang menggunakan tokoh-tokoh berpengaruh sebagai strategi mereka bagi menarik pengguna.
Sebab itulah penganalisis mengatakan bahawa para pelabur Apple yang kini lebih menumpukan terhadap pembangunan kategori baru itu telah menyebabkan Apple dilihat sebagai syarikat yang kurang melakukan inovasi secara berterusan di Apple.
Namun begitu, penyelidik berpendapat, mereka percaya bahawa Apple melaburkan wang untuk R&D mereka dengan sesuai dalam kategori produk baru tersebut.
Sumber: CNBC
Berkaitan
- Apple Dinobatkan Sebagai Syarikat Paling Inovatif Untuk Tahun 2021
- Apple Watch SE Kini Hanya Berharga RM1,199
- Semakin Ramai Pengguna PC Beralih Kepada Apple Macintosh
- Apple Umumkan iOS 14 Dengan Pelbagai Ciri Baru
- Buat Kali Ke-15 Apple Dinobatkan Syarikat Paling Dikagumi Dunia
- 3 Aplikasi Rasmi Apple Ini Kini Tersedia Untuk Pengguna Windows
- Apple Mungkin Sudah Bersedia Lancarkan Cip M3 Untuk 'Mac'
- Cip Pemprosesan Apple A13 Bionic Jauh Mengatasi Prestasi Snapdragon 855+
- Kos Pengeluaran Siri iPhone 14 Lebih Mahal Tapi Apple Tak Naikkan Harga - Nikkei Asia
- Apple Membuang Aplikasi Pihak Ketiga Yang Menyerupai Ciri Screen Time Dari App Store