Apple Melepaskan Versi Terbaru macOS Catalina Kepada Semua Pengguna Mac Hari Ini

Reading Time: 2 minutes

Pelbagai ciri menarik terbaru diperkenalkan dalam versi macOS 10.15 ini.

Pada awal pagi hari ini, Apple akhirnya telah melepaskan versi terbaru macOS kepada semua pengguna komputer Macintosh mereka.  macOS Catalina v10.15 yang telah diumumkanApple pada awal Jun lalu di Worldwide Developers Conference (WWDC 2019) kini telah pun tersedia dimuat turun oleh para pengguna mereka di seluruh dunia.

Sebelum ini, hanya pengguna versi beta nya sahaja (versi pembangun dan umum) telah lebih dulu dapat merasai ciri-ciri baru yang diperkenalkan pada macOS tersebut.

Antara ciri-ciri baru menarik yang ada di macOS 10.15 ini adalah penawaran servis permainan Apple Arcade, ciri terbaru “Sidecar” yang menjadikan iPad sebagai paparan kedua untuk Mac, ciri “Activation Lock” sepertimana iPhone dan iPad (hanya bagi Mac yang dilengkapi dengan cip Apple T2) sahaja, Screen Time dan banyak lagi.

Walaubagaimanapun, sebelum anda terus menaik taraf kepada macOS 10.15, anda amat disyorkan membuat salinan (backup) terlebih dulu terhadap Mac anda dan menyemak semak ada model Mac yang digunakan sekarang menyokong versi terkini macOS ini.

Model-model Mac yang menyokong macOS Catalina.

Selain itu, anda juga dinasihatkan supaya turut menyemak sama ada aplikasi-aplikasi dan peranti-peranti (contoh: mesin pencetak dan pengimbas) yang digunakan anda sudah sedia menyokong macOS 10.15.

Ini kerana dikhuatiri selepas menaik taraf kepada macOS 10.15, peranti dan aplikasi-aplikasi sedia ada yang sedang digunakan anda pada versi macOS yang anda gunakan sekarang tidak dapat digunakan pula nanti.

Sebagai makluman sekali lagi, Apple mula menamatkan sokongan aplikasi 32bit sepenuhnya di macOS Catalina. Bermakna aplikasi yang masih dibangun berasaskan 32bit tidak akan boleh diaktifkan di macOS terbaru ini.

ariff bukhari
Tentang Penulis

Ariff Bukhari adalah penulis dan pemilik laman AriffMac.com yang mengkhususkan produk-produk Apple. Kini beliau berkolaborasi bersama team Wiser.my.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *