Untuk pengguna macOS 10.15, 10.13 dan 10.14. 

Apple Inc. telah pun melepaskan barisan kemas kini terbaru untuk pengguna macOS.

macOS Catalina 10.15.2

Untuk pengguna macOS Catalina dari versi 10.15.1, mereka menerima kemas kini macOS Catalina 10.15.2.

Kemas kini ini memfokuskan beberapa penambahbaikan terhadap aplikasi-aplikasi utama yang ada pada macOS Catalina termasuklah Apple News, Stocks, Music, Photos dan Mail.

Selain itu iTunes Remote kini turut menyokong peranti iPhone dan iPad bagi mengawal aplikasi Music dan TV dari komputer Apple Macintosh.

IKLAN

10.15.2 juga menambah baik keserasian pindahan kandungan buku dan buku beraudio ke peranti iPad atau iPhone menerusi Finder serta beberapa penambah baikan terhadap beberapa ciri lain.

Malah berdasarkan kepada laporan oleh MacRumors, masalah audio yang dihadapi oleh sebahagian pengguna Macbook Pro 16″ sebelum ini juga didakwa telah diperbetulkan.

Berikut adalah senarai penuh kandungan kemas kini macOS Catalina 10.15.2 sepertimana yang dinyatakan Apple:-

Apple News

  • New layout for Apple News+ stories from The Wall Street Journal and other leading newspapers

Stocks

  • Get links to related stories or more stories from the same publication at the end of an article
  • “Breaking” and “Developing” labels for Top Stories
  •  Stories from Apple News are now available in Canada in English and French

Music

  • Restores the column browser view for managing the music library
  • Resolves an issue that may prevent album artwork from appearing
  • Fixes an issue that may reset music equalizer settings during playback

iTunes Remote

  • Adds support for using an iPhone or iPad to remotely control the Music and TV apps on a Mac

Photos

  • Resolves an issue that may cause some AVI and MP4 files to appear as unsupported
  • Fixes an issue that prevents newly created folders from appearing in Albums view
  • Addresses an issue where manually sorted images in an album may be printed or exported out of order
  • Fixes an issue that prevents the zoom-to-crop tool from working in a print preview

Mail

  • Addresses an issue that may cause Mail preferences to open with a blank window
  • Resolves an issue that may prevent using undo from retrieving deleted mail

Other

  • Improves the reliability of syncing books and audiobooks to your iPad or iPhone through the Finder
  • Fixes an issue where reminders may be out of order in the Today smart list in the Reminders app
  • Resolves an issue that may cause slow typing performance in the Notes app

Enterprise content

  • Fixes an issue where the user password might not be accepted at the login window after upgrading a Mac with an Apple T2 Security Chip to macOS Catalina
  • Improves compatibility with video conferencing apps on MacBook Pro models introduced in 2018
  • Users logged in as a standard user can now install apps from the App Store

macOS 10.15.2 boleh dimuat turun terus dari Mac menerusi System Preferences > Software Update.

Atau anda juga boleh memuat turun fail kemas kini tersebut yang bersaiz 3.04GB secara berasingan dari laman muka Download macOS Catalina 10.15.2 Update.

Atau muat turun fail versi kombo macOS Catalina 10.15.2 Combo Update yang bersaiz 4.59GB.

macOS High Sierra dan Mojave

Selain Catalina, Apple juga tidak lupa mengemas kini 2 versi macOS terdahulu iaitu macOS High Sierra dan Mojave.

Kemas kini bagi 2 macOS itu adalah bagi menambah baik ciri keselamatan yang sedia ada. Bagi pengguna macOS High Sierra 10.13, anda boleh memuat turun fail kemaskini tersebut terus dari Mac App Store di bahagian Update.

Manakala bagi pengguna macOS Mojave 10.14, anda bolehlah memuat turun kemas kini ini menerusi System Preferences > Software Update.

Atau anda boleh memuat turun 2 fail kemas kini keselamatan ini dari laman muka Download Security Update 2019-007 (High Sierra) bersaiz 1.92GB atau Download Security Update 2019-002 (Mojave) yang bersaiz 1.58GB.

Untuk senarai info penuh kandungan kemas kini keselamatan bagi ketiga-tiga macOS ini anda boleh dapatkannya di laman muka About the security content of macOS Catalina 10.15.2, Security Update 2019-002 Mojave, Security Update 2019-007 High Sierra.