Apple Melepaskan Kemas Kini Terbaru iOS V12.3.1 Bagi Pengguna iPhone, iPad Dan iPod Touch

Kemas kini terbaru iOS ini adalah bagi menyelesaikan isu pepijat yang ada pada versi iOS 12.3.


Pad awal pagi ini Apple telah pun melepaskan kemas kini terbaru iOS 12.3.1 bagi peranti iOS. Kemas kini tersebut adalah bagi membaik pulih isu yang mungkin boleh menghalang pengguna daripada membuat  atau menerima panggilan VoLTE (voice over LTE).

Ia juga bagi membetulkan isu aplikasi Messages yang mungkin boleh menyebabkan mesej dari pihak yang tidak dikenali muncul dalam senarai sembang, walaupun ciri Filter Unknown Senders telah diaktifkan.

Serta kemas kini ini turut bagi membetulkan isu yang mungkin menghalang pautan Report Junk daripada muncul menerusi bebenang dari penghantar yang tidak dikenali di dalam aplikasi Messages.

Kemas kini terbaru ini boleh terus dimuat turun dari peranti iPhone 5s dan terbaru, iPad Air dan terbaru serta iPod touch gen 6 sahaja menerusi Settings > General > Software Update.

Berkaitan