Apple Melepaskan Kemas Kini Terbaru iOS 12.3.2

Kemas kini ini hanya untuk peranti iPhone 8 Plus sahaja.


Apple pada awal pagi ini telah melepaskan kemas kini terbaru iOS 12.3.2 khusus kepada pengguna iPhone 8 Plus sahaja. Versi iOS 12.3.2 ini adalah bagi memperbetulkan ciri mod potret pada iPhone 8 Plus.

Menurut Apple, versi iOS sebelum ini mungkin boleh menyebabkan aplikasi Camera pada iPhone tersebut tidak mengaktifkan efek "depth" apabila pengguna mengambil gambar menggunakan mod potret. Jadi iOS 12.3.2 ini adalah bagi menangani isu tersebut.

Berikut adalah model iPhone 8 Plus yang terjejas dengan isu ini:-

  • iPhone 8 Plus (CDMA/GSM/LTE) (iPhone10,2)

  • iPhone 8 Plus (GSM/LTE) (iPhone10,5)


Jadi bagi pengguna iPhone 8 Plus, anda bolehlah mengemas kini peranti anda itu terus dari peranti tersebut yang boleh dibuat menerusi Settings, pilih General dan pilih Software Update.

Atau anda juga boleh memuat turun fail kemas kini tersebut secara OTA ("Over-The-Air") bagi model iPhone 8 Plus (CDMA/GSM/LTE) (iPhone10,2) Download dan iPhone 8 Plus (GSM/LTE) (iPhone10,5) Download menerusi pautan yang diberikan.