Untuk iPhone XS, iPhone XS Max dan iPhone XR.
Apple hari ini telah melancarkan program penggantian percuma aksesori Smart Battery Case bagi model iPhone XS, iPhone XS Max dan iPhone XR.
Apple menyatakan isu ini bukanlah isu yang membahayakan pengguna. Sebaliknya berikutan aksesori tersebut tidak mengecas iPhone dengan baik. Berikut adalah penjelasan Apple tentang masalah aksesori peranti tersebut,
- Battery case will not charge or charges intermittently when plugged into power
- Battery case does not charge the iPhone or charges it intermittently
Unit ‘Smart Battery Case‘ yang terjejas adalah unit yang dikilangkan antara Januari 2019 dan Oktober 2019.
Jadi, jika anda memiliki unit Smart Battery Case yang terjejas ini, bolehlah segera menghantarnya kepada pusat servis sah Apple berdekatan anda bagi mendapatkan penggantian secara percuma.
Program ini sah untuk unit Smart Battery Case yang dibeli dalam tempoh 2 tahun.
Untuk info lanjut, layari laman sokongan Apple Malaysia.
Berkaitan
- Apple Berjaya 'Pukau' Pengguna Android Beralih Ke iPhone Sejak Bertahun Dulu - Kajian
- Apple Tidak Membenarkan Watak Penjahat Dalam Filem Menggunakan iPhone
- Pengguna iPhone Di Malaysia Lebih Suka Model Mahal Dan Skrin Besar - OpenSignal
- Hantar iPhone Palsu Ditukar Kepada Tulen, 2 Rakyat China Dipenjara Lebih 20 Tahun
- iPhone 2019 Akan Diperkenalkan Pada 10 September Ini
- Pengguna iPhone Dan iPad Kini Boleh Guna 4 Ciri Baru Pelayar Chrome
- sooka Rai Ulang Tahun Pertama Di Malaysia, Tawar Pelan VIP TV Baharu Untuk Smart TV
- iPad Pro 2019 Mungkin Akan Dilengkapi Rekaan Kamera Sepertimana iPhone 11 Pro
- Skor AnTuTu Mendedahkan Prestasi Sebenar Cip A13Bionic iPhone SE 2020
- iPhone Terus Kukuh Berbanding Android Walaupun Permintaan Telefon Pintar Di Seluruh Dunia Menurun