Sebahagian model iPhone tersebut didapati berdepan isu peranti tidak boleh dihidupkan.
Apple hari ini telah memulakan program pembaikan bagi sebahagian model iPhone 6s dan iPhone 6s Plus yang didapati terkesan dengan isu kegagalan peranti daripada dihidupkan.
Apple menyatakan, iPhone yang terjejas adalah yang model yang dikilangkan antara Oktober 2018 hingga Ogos 2019.
Jadi, jika anda dapati model iPhone 6s dan iPhone 6s Plus didapati terjejas dengan isu ini, anda layak mendapatkan pembaikan percuma daripada mana-mana pusat servis sah Apple.
Bagi mereka yang sudah membayar kos pembaikan kerana isu ini dari pusat servis sah Apple, anda boleh dapatkan semula pembayaran yang dibuat itu.
Anda boleh menyemak sama ada model iPhone 6s dan iPhone 6s Plus anda layak atau tidak untuk program pembaikan percuma ini di laman sesawang Apple Support dengan memasukkan nombor siri iPhone anda.
Berkaitan
- iPhone 11 Mendahului 10 Telefon Pintar Paling Popular Bagi Suku Pertama 2020
- OnePlus 8 Dilaporkan Akan Dilancar Pada Pertengahan April Nanti
- Pengguna iPhone 12 Akan Terima Kemas Kini Khas Atasi Isu Radiasi
- Pengguna iPhone Alami Isu Bateri Apabila Memainkan Spotify
- Pengguna iPhone Di Malaysia Lebih Suka Model Mahal Dan Skrin Besar - OpenSignal
- Ini Cara Kesan iPhone Atau iPod Anda Rosak Akibat Air
- Wanita 'Mengandung' Gagal 'Import' Lebih 200 iPhone Dan Cip Intel
- Apple iPhone 7 Plus Adalah Telefon Pintar Yang Paling Popular Di Malaysia
- Pengguna iPhone Dan iPad Kini Boleh Guna 4 Ciri Baru Pelayar Chrome
- Ini Harga Yang Perlu Dibayar Jika Skrin Dan Bahagian Belakang iPhone 14 Anda Pecah