Apple Melancarkan MacBook Pro 13 Inci Terbaru, Harga Bermula RM 5599

Semalam Apple telah melancarkan model terbaru komputer riba MacBook Pro 13″ 2020. Sebanyak 4 pilihan model MBP 13″ ditawarkan yang dilengkapi dengan cip Intel yang dinaik taraf iaitu dari Intel Core i5 1.4GHz quad-core generasi ke-8 dan Intel Core i5 2.0GHz quad-core generasi ke-10.

Selain itu perkaksan yang turut dinaik taraf termasuklah kuasa grafiknya yang Apple dakwa adalah 80% lebih prestasi berbanding model sebelumnya.

Malah saiz storan MBP 13″ kini bermula dari 256GB dan menyokong sehingga 4TB. Memori RAM nya pula kini menyokong sehingga 32GB RAM.

Perubahan yang paling ketara pula sudah tentunya adalah papan kekunci butterfly MBP yang kini telah digantikan dengan Magic keyboard, sama sepertimana yang digunakan pada model MBP 16″.

Kapsyen: Permainan Dota 2 di MacBook Pro 13 inci 2020.


With these updates, our entire notebook lineup features the Magic Keyboard for the best typing experience ever on a Mac notebook, offers twice the standard storage than before, and delivers even more performance.” Tom Boger, Pengarah Kanan Pemasaran Produk Mac dan iPad.

MacBook Pro 13″ 2020 berharga dari RM5,599.00, RM6,399.00, RM7,999.00 dan RM8,799.00. Ia dijangka akan ditawarkan di Malysia tidak lama lagi.

Kehadiran model terbaru ini menyebabkan Apple tidak menawarkan model MacBook Pro 13″ tahun 2019 di laman Apple Store Malaysia.

Untuk info lanjut layari laman rasmi Apple Malaysia.