Apple Melancarkan Kemaskini macOS 10.12.2

Apple telah melancarkan kemaskini MacOS 10.12.2 untuk kesemua komputer Mac. Kemaskini tersebut boleh dimuat turun terus dari aplikasi Mac App Store di dalam komputer anda. Antara penambahan dalam kemaskini terbaru ini adalah seperti emoji. Apple telah memperkenalkan 100 emoji baru unutk kemaskini kali ini, sama seperti kemaskini iOS 10.2 untuk iPhone. Apple juga telah membuat rekaan semula unutk beberapa emoji yang sedia ada, menjadikan ia lebih segar dan penuh warna.

 

gsmarena_003-1

Selain daripada itu, MacBook Pro juga mendapat fungsi baru iaitu keupayaan untuk mengambil 'screenshot' menggunakan 'touch bar' unutk model tersebut dengan mengunakan arahan pintas Command>Shift>6. Kemaskini ini juga menampilkan 4 'wallpaper' baru iaitu Abstract Shapes, Clour Burst 1, Colour Burst 2 dan Colour Burst 3.

Namun, kemaskini untuk Mac ini juga telah membuang ciri yang menampilkan jangka hayat bateri. Apple mendakwa mereka mengeluarkan ciri tersebut kerana jangka hayat yang dipaparkan tidak tepat dan memberikan harapan palsu kepada pengguna. Senang betul jalan penyelesaian mereka.

Antara penambahan lain dari kemaskini ini adalah seperti berikut;

1.Penambahbaikkan tetapan dan keupayaan Auto Lock

2.Sokongan 'screenshot' di Touch Bar

3.Memperbaiki isu pilihan stiker emoji di Touch Bar

4.Memperbaiki isu resolusi

5.Memperbaiki isu System Integrity Protection

6.Memperbaiki tetapan pada iCloud Desktop dan Document

7.Memperbaiki isu amaran Optimized Storage

8.Penambahbaikkan terhadapkualiti audio apbila menggunakan Siri dan FaceTime menggunakan fon kepala (bluetooth)

9.Memperbaiki isu mesej email yang masuk tidak dipaparkan apabila menggunakan akaun Microsoft Exchange

10.Memperbaiki isu yang menghalang muat turun menggunakan Safari Extension diluar galeri Safari Extension.

11.Menambah sokongan muat turun Window 8 dan Window 7 menggunakan Boot Camp pada Mac yang serasi.

12.Memperbaiki isu yang menghalang resolusi dipaparkan menggunakan peranti ke tiga (monitor,TV etc)

13.Menambah sokongan untuk lebih banyak format RAW kamera digital.