Apple Melabur $200 Juta Dalam Syarikat Corning dan Teknologi Gorilla Glass

Apple telah mengumumkan mereka akan melabur sebanyak $200 juta dalam pembuatan kaca Gorilla, Corning Incorporated melalui dana Advance Manufacturing. Pelaburan itu akan merangkumi kos  kajian dan penyelidikan Corning, modal keperluan peralatan dan pemprosesan kaca yang berkualiti tinggi.

Kerjasama antara Corning dengan Apple bermula sedekad yang lalu dengan iPhone pertama. Apple telah komited untuk melabur sekurang-kurangnya $1 bilion dengan syarikat-syarikat yang berpangkalan di AS menumpukan kepada industri pembuatan.

Tabung Manufacturing Advanced Apple telah diumumkan minggu lepas oleh Ketua Pegawai Eksekutif Tim Cook. Syarikat itu mendakwa ia "menyokong 2 juta pekerjaan" di Amerika Syarikat, termasuk 450,000 di syarikat-syarikat yang membekalkan komponen.
"Corning merupakan contoh utama pembekal yang sering tampil dengan inovasi baru dan telah menjadi pembekal kepada Apple setelah sekian lama. Tahun ini menandakan 10 tahun kerjasama Corning dan Apple semenjak kemunculan iPhone pertama" Kata Jeff Williams, Ketua Pegawai Operasi Apple

Sumber

 

Berkaitan