Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Taiwan Technology Apple – Dec 2016

Apple Melabur $200 Juta Dalam Syarikat Corning dan Teknologi Gorilla Glass

Diterbitkan Mei 14, 2017 oleh Haikel Areff

Apple telah mengumumkan mereka akan melabur sebanyak $200 juta dalam pembuatan kaca Gorilla, Corning Incorporated melalui dana Advance Manufacturing. Pelaburan itu akan merangkumi kos  kajian dan penyelidikan Corning, modal keperluan peralatan dan pemprosesan kaca yang berkualiti tinggi.

Kerjasama antara Corning dengan Apple bermula sedekad yang lalu dengan iPhone pertama. Apple telah komited untuk melabur sekurang-kurangnya $1 bilion dengan syarikat-syarikat yang berpangkalan di AS menumpukan kepada industri pembuatan.

Tabung Manufacturing Advanced Apple telah diumumkan minggu lepas oleh Ketua Pegawai Eksekutif Tim Cook. Syarikat itu mendakwa ia “menyokong 2 juta pekerjaan” di Amerika Syarikat, termasuk 450,000 di syarikat-syarikat yang membekalkan komponen.

“Corning merupakan contoh utama pembekal yang sering tampil dengan inovasi baru dan telah menjadi pembekal kepada Apple setelah sekian lama. Tahun ini menandakan 10 tahun kerjasama Corning dan Apple semenjak kemunculan iPhone pertama” Kata Jeff Williams, Ketua Pegawai Operasi Apple

Sumber

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Israel Didakwa Mengintip Pengguna Starlink Termasuk Malaysia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
  • Pelajar MRSM Perak Menang RM47,000 Hasil Inovasi Bantu OKU Cacat Penglihatan
  • Pra Tempah 2 Pembesar Suara Mudah Alih CMF Baharu Ini Kini Dibuka Bermula RM259
©2026 WISER.MY