Ini kerana menurut laporan Bloomberg, jumlah jualan bagi peranti keluaran mereka di negara berkenaan sepanjang separuh pertama tahun ini gagal mencapai paras satu juta unit. Namun perkara ini tidak membimbangkan Apple kerana mereka mendakwa kadar jualan bagi tahun ini akan lebih baik berbanding 2017.
Kredit : ABSCBN News
Paras harga dikatakan menjadi punca kepada kegagalan Apple untuk menjadi pilihan pengguna dan kadar tarif tinggi (15%-20%) yang dikenakan oleh kerajaan India juga menyebabkan pengguna di sana memilih produk yang lebih mampu milik.
Walaubagaimanapun, Apple telah mula menghasilkan produk mereka secara terus di India sejak musim panas yang lalu, di mana mereka telah bermula dengan peranti iPhone 6s dan SE terlebih dahulu.
Ia mungkin akan mengambil sedikit masa sebelum operasi penuh dapat dijalankan, namun perkara ini dijangka akan dapat mengurangkan harga peranti Apple bagi pasaran India pada masa akan datang.
Kredit : The Verge
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tim Cook menegaskan bahawa India adalah pasaran penting bagi Apple dalam usaha mereka untuk terus menguasai industri ini. Ia adalah berikutan kadar peningkatan pengguna telefon pintar yang meningkat secara mendadak di sana akhir-akhir ini.
Selain itu, taraf ekonomi yang semakin membangun serta saiz pasaran yang sangat besar turut menjadi penyebab mengapa banyak pengeluar telefon pintar termasuk Apple semakin menfokuskan kepada negara berkenaan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Sumber
Berkaitan
- Cara Bermain Permainan Android pada Windows
- Video Komponen Apple Watch 2 Tertiris, Dikatakan Mempunyai Bateri Yang Lebih Besar.
- Remaja Australia Berjaya Curi 90-Gigabait Data Daripada Pelayan Apple
- Android 7.1 Mengetengahkan Ciri Rahsia 'Panic Mode' Dalam Diam
- Apple Menambah Sehingga 2TB Sebelum iPhone 7 Dilancarkan 7 September Ini
- Samsung Lancarkan Program iOS Beta Untuk Gear S2 Dan Gear Fit 2
- Pra-Daftar Untuk Call Of Duty: Mobile Dibuka, Percuma Untuk Dimainkan Di iOS & Android
- Google Fuchsia Dijangka Akan Menggantikan Android Seawal Tahun 2021
- CIMB Tap n Pay Membolehkan Pengguna Android Terima Bayaran Dari Kad Debit
- Apple Akan Bawa Kembali Twitter Pada Mac