Apple Mampu Bertahan Sehingga 58 Tahun Lagi

Apple merupakan sebuah syarikat yang telah ditubuhkan 41 tahun lalu bertempat di Cupertino, Amerika Syarikat.

Diasaskan oleh 3 orang pengasas bersama:

  • Steve Jobs,

  • Steve Wozniak, dan juga

  • Ronald Wayne


syarikat ini dijangka mampu kukuh berdiri pada tahun 2075.

Hal ini merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan pengasas bersama Apple sendiri, Steve Wozniak;
"Apple akan berdiri kukuh buat jangka masa yang lama, seperti IBM (diasaskan pada tahun 1911). Cuba lihat pada aset tunai kepunyaan Apple ($246.1 bilion). Ia boleh dilaburkan untuk kemana sahaja. Sangat tidak masuk akal jika ia tidak mampu bertahan hingga tahun 2075. Sama juga seperti Google dan Facebook."

Walaupun begitu, kita sudah melihat pelbagai contoh jatuh bangun sesebuah syarikat.

Seperti contoh, Nokia yang gah dengan telefon mudah alih suatu ketika dahulu kini baru berjinak-jinak dengan pasaran telefon pintar.

Jadi Apple dan syarikat-syarikat gergasi yang lain perlu berwaspada disamping mempelbagaikan strategi untuk memastikan syarikat mereka terus kekal bersaing sama ada 10 tahun, 20 tahun ataupun 58 tahun lagi.

Apa pendapat anda? Boleh kongsikan diruangan komen.

Sumber: USA Today