Apple Mahu Wujudkan Kerjasama Strategik Dengan Hewlett Packard Enterprise

Apple dilaporkan sedang berusaha untuk mewujudkan satu kerjasama strategik business-to-business(B2B) dengan syarikat Hewlett Packard Enterprise(HPE). Ianya tersebar secara meluas apabila Apple memuatnaik satu iklan jawatan kosong di laman LinkedIn dan perkara itu disedari oleh pihak The Register.

Kerjasama ini amat penting bagi pihak Apple kerana ia akan membolehkan mereka untuk menjual produk mereka kepada lebih banyak perusahaan. Apple sebelum ini telah bekerjasama dengan pelbagai syarikat atas tujuan yang sama seperti IBM, Cisco dan Deloitte.

Melalui kerjasama berkenaan, Apple telah berjaya untuk menjana pendapatan sehingga $25 billion(~RM 101 billion) daripada penjualan produk mereka. Menurut kiriman mereka di laman LinkedIn, Apple sedang mencari calon untuk mengisi jawatan Pengurus Rakan Strategik Perusahaan bagi HPE.



Walaupun iklan ini sudah dikirimkan sejak lebih sebulan yang lepas, Apple dilaporkan masih lagi belum menemui calon yang sesuai untuk mengisi kekosongan berkenaan. Antara kriteria calon yang dikehendaki mereka ialah calon perlu memiliki ijazah dalam bidang perniagaan serta memiliki pengalaman sebagai Pengurus Rakan Strategik sebelum ini.

Kerjasama ini dijangka akan membantu Apple dalam menyelesaikan beberapa masalah seperti hubungan mereka dengan pelanggan yang mengalami sedikit ketegangan kebelakangan ini. Ia terjadi selepas mereka dilaporkan sengaja menurunkan prestasi beberapa produk mereka tanpa alasan yang kukuh.

Sumber