Apple mahu menguasai pasaran di China





CEO Apple Tim Cook telah melawat kunjungan rasmi ke China baru baru ini bersama pegawai pegawai kerajaan China untuk berbincang tentang plan masa depan dan peluang Apple di pasaran China.



Apple turut mengumumkan hari ini salah sebuah syarikat pengeluar bahan kaca Lens Technology telah bersetuju untuk beroperasi dengan Apple menggunakan tenaga hijau sepenuhnya sehingga hujung tahun 2018.



Ianya masih tidak jelas tentang betapa besar, lokasi dan kos untuk membina R&D di China namun kelihatan usaha Apple untuk menguasai pasaran di China.



Apple pada masa ini sedang melalui cabaran untuk mengawal pasaran mereka di China oleh kerana China sendiri adalah negara pengeluar barang elektronik terbesar di dunia. Malah iTunes dan iBookstroe juga telah diharamkan dan di tutup oleh kerajaan China. Tim Cook juga tidak menolak dakwaan bahawa jualan mereka tahun ini jatuh merudum di China.