Apple Mahu Menghentikan Pengeluaran iPhone X dan iPhone SE

Semua sedia maklum bahawa Apple akan memperkenalkan tiga model baru peranti iPhone mereka pada tahun ini. Keluaran kali ini diharapkan dapat mengembalikan prestasi jualan mereka ke tahap terbaik selepas sambutan terhadap iPhone X dilihat agak kurang memberansangkan.



Sehubungan dengan itu, Apple dikatakan akan menghentikan pengeluaran iPhone X dan iPhone SE pada masa terdekat. Ramai berpendapat bahawa kelas harga yang terlampau tinggi bagi peranti iPhone X menyebabkan kurangnya permintaan terhadap peranti tersebut.

Apple bagaimanapun menyangkal dakwaan itu dengan menyatakan iPhone X adalah merupakan salah satu keluaran mereka yang paling popular. Malah mereka juga menegaskan prestasi jualan mereka adalah sangat baik berdasarkan jumlah pendapatan yang mereka perolehi sejak peranti berkenaan diperkenalkan.

Menurut pengkaji dari BlueFin Research, Apple perlu untuk menghentikan pengeluaran dua peranti ini bagi memberi lebih tumpuan kepada tiga peranti yang akan dilancarkan kelak. Bagi iPhone SE walaupun baru dua tahun dilancarkan, peranti itu sebenarnya mempunyai spesifikasi yang hampir sama dengan iPhone 6 yang dikeluarkan pada tahun 2014.



Tiga model iPhone bagi tahun ini amat penting bagi memulihkan nama Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tim Cook. Beliau dikecam oleh segelintir pelanggan mereka di mana Apple dibawah pimpinan beliau dikatakan kurang inovatif dan kreatif dalam melakukan pembaharuan berbanding mendiang Steve Jobs.

Sumber