Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Apple Mahu Himpunkan Kesemua Perkhidmatan Berbayar Dalam Satu Bentuk Langganan ‘Apple One’

Posted on Ogos 14, 2020

Apple mempunyai pelbagai perhidmatan berbayar seperti Apple Arcade, iCloud, Apple Music dan lain-lain lagi.

Menurut laporan dari Bloomberg, syarikat itu sedang membangunkan sebuah langganan yang menghimpunkan segala jenis perkhidmatan, yang dipanggil Apple One.

Ia akan menggabungkan pelbagai perkhidmatan Apple dalam harga bulanan yang lebih rendah.

Kandungan langganan akan mempunyai pelbagai variasi di mana yang paling rendah adalah dari gabungan antara Apple Music dan Apple TV+.

Langganan lebih mahal akan menyertakan Apple Arcade, kemudiannya Apple News+, dan akhir sekali iCloud.

Namun, isi kandungan perkhidmatan serta nama rasminya mungkin boleh berubah ketika pengenalannya untuk khalayak ramai kelak.

Dikatakan ia akan diperkenalkan seiring dengan pelancaran iPhone 12 pada bulan Oktober ini.

Rujukan: Bloomberg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress