Apple Mahu Hasilkan Semula iPhone X, Turunkan Pengeluaran iPhone XS & XS Max

iPhone XS, XS Max dan XR telah dilancarkan kira-kira dua bulan yang lepas dalam satu majlis yang sama. Seperti biasa, orang ramai masih beratur di luar premis semasa hari pertama jualan model-model iPhone berkenaan yang lepas.

Namun selepas itu, jualan dan permintaan terhadap iPhone 2018 itu nampaknya semakin perlahan sehingga ke hari ini. Ia sekaligus memaksa Apple untuk membuat satu keputusan drastik demi meningkatkan semula kadar pendapatan syarikat.

Kapsyen: Kredit: ZDNet


Menurut laporan VentureBeat, Apple dikatakan mahu memulakan semula penghasilan model iPhone X serta menurun kadar pengeluaran iPhone XS dan XS Max selepas ini.

Langkah ini diambil berikutan kos untuk menghasilkan iPhone X adalah lebih rendah berbanding dua model terkini berkenaan. Malah, permintaan terhadap iPhone 8 dan X juga dilaporkan masih tinggi di beberapa buah negara.

Dalam pada itu, Apple juga didakwa akan menurunkan harga jualan bagi model iPhone XR di Jepun memandangkan ia kurang mendapat sambutan di sana berbanding di negara lain.



Setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada pasaran lain akan turut menerima penurunan harga yang sama atau tidak. Ketika ini, iPhone 2018 ditawarkan pada harga permulaan dariĀ RM 3,599(XR), RM 4,999(XS) dan RM 5,399(XS Max).

 

Sumber: VentureBeat