Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Apple MagSafe Mampu Mengecas Samsung Galaxy Z Fold 2

Posted on Oktober 20, 2020

Selain pelancaran siri iPhone 12, Apple juga perkenalkan MagSafe untuk iPhone dimana ia adalah aksesori pengecas tanpa wayar dengan magnet.

Namun, laporan daripada SamMobile, aksesori tersebut boleh digunakan pada peranti lain seperti Z Fold 2.

Satu ciapan daripada Max Winebach di Twitter, beliau mengesahkan perkara ini.

MagSafe magnetically connects and charges the Fold2 lol pic.twitter.com/sQ0L9pk4kN

— Max Weinbach (@MaxWinebach) October 19, 2020

Sebenarnya, jika hendak menggunakan aksesori ini, peranti tersebut perlu mempunyai magnet dan kebanyakan peranti masa kini tidak memilikinya.

Akan tetapi, Samsung Galaxy Z Fold 2 hadir dengan mekanisme engsel yang menggunakan magnet dan membolehkan peranti ini dapat digunakan pada MagSafe.

Tambahan lagi, pengecasan tanpa wayar MagSafe ini hanya mengecas peranti Z Fold 2 pada 5W atau 7.5W sahaja dan bukan 15W.

Sumber: phonearena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress