Apple macOS Sierra Kini Boleh Di Muat Turun






Apple semalam telah mengumumkan macOS Sierra telah boleh dimuat turun. Ia merupakan keluaran utama bagi sistem operasi desktop keluaran mereka. Bermula hari ini, pengguna boleh memuat turun sistem operasi itu secara percuma di Apple Store. Kesemua model Mac yang diperkenalkan dari tahun 2009 boleh menikmati kemaskini itu.




Antara ciri yang terdapat dalam macOS Sierra adalah penambahan Siri yang membolehkan pengguna menggunakan arahan suara untuk melakukan tugasan seperti membuka aplikasi, menghantar mesej, dan juga mencari dokumen.





Selain itu, kemaskini itu juga menampilkan ciri yang mampu menyeragamkan fail desktop dan dokumen dengan semua peranti Mac. Ciri Universal Clipboard itu boleh digunakan untuk copy dan paste bahan diantara peranti Apple yang lain seperti iPhone.





Sumber: Hardware Zone Malaysia