Apple M1 Menjadi Cip Pertama Memecah Rekod Skor Melebihi 1 Juta Di Antutu

Dengan pengenalan cip Apple M1 dalam komputer Mac terbaharu, Apple kini mula meninggalkan cip berasaskan x86 dan memilih ARM untuk prestasi yang lebih baik pada produk mereka.

Hari ini, salah sebuah produk M1 iaitu MacBook Air telah diuji dalam aplikasi Antutu dan mendapati skor yang diperoleh adalah melebihi 1 juta. Dengan skor 1,119,243, Apple M1 merupakan cip pertama yang mencapai skor 7 angka.



Apabila dibandingkan dengan iPad Pro A12Z yang sebelum ini merupakan peranti terpantas Apple, iPad Pro hanya mencatatkan skor sekitar 720,000.

Namun jika dibandingkan dengan iPhone 12, jurang tersebut lebih kerana iPhone 12 hanya mendapat skor sekitar 550,000 sahaja.

Cip Apple M1 mempunyai 4+4 teras dengan CPU 78% lebih pantas dan GPU 2.5 kali ganda lebih laju dari A14.

Sumber: Antutu

 

Berkaitan