Apple Luaskan Senarai Produk 'Vintage' Yang Akan Mereka Baiki

Apple menyediakan program pembaikan untuk produk-produk mereka walaupun sudah habis tempoh warantinya. Namun program ini tidak meliputi semua generasi peranti mereka dan produk yang tidak diliputi program ini akan diklasifkasikan sebagai produk 'vintage' dan Apple tidak akan mengeluarkan lagi sebarang komponen gantian untuk produk 'vintage' mereka.

Apple bagaimanapun mengumumkan yang program tersebut akan diluaskan ke produk-produk 'vintage' sebelum ini untuk masa yang terhad. Antara peranti yang terlibat dengan program ini adalah:

  • iPhone 5 (GSM/CDMA)

  • MacBook Air (11 inci, pertengahan 2012)

  • MacBook Air (13 inci, pertengahan 2012)




Untuk program Pilot yang terbaru ini, Apple hanya akan menawarkan pembaikan bergantung kepada stok komponen yang masih ada. Untuk maklumat lebih lanjut, lawati kedai Apple berhampiran atau penyedia perkhidmatan yang dilantik oleh Apple.

Sumber