Dengan tempoh percubaan yang lebih lama, ia mungkin memberi manfaat kepada golongan professional yang bekerja dari rumah, termasuk pelajar yang tidak dapat melakukan tugasan di pusat pengajian serta bagi sesiapa yang ingin belajar menggunakan perisian ini untuk mengisi masa di rumah sepanjang tempoh kawalan ini.
Tempoh percubaan 90 hari perisian Final Cut Pro X versi 10.4.8 ini tersedia bagi semua pengguna Mac secara global. Bagi pengguna yang menggunakan perisian percubaan versi sebelumnya, anda juga layak untuk menggunakan versi ini dengan tambahan tempoh percubaan 90 hari.
Dalam pada itu, Apple turut memberikan tempoh percubaan 90 hari bagi perisian Logic Pro X yang sebelum ini tidak ditawarkan tempoh percubaan. Logic Pro X adalah perisian Apple untuk menghasilkan audio profesional bagi platform macOS.
Pada masa ini, percubaan 90 hari Final Cut Pro X sudah mula ditawarkan, manakala bagi Logic Pro X akan tersedia dalam beberapa hari lagi. Untuk memuat turun perisian ini, layari laman sesawang Final Cut Pro X dan Logic Pro X.
Sumber: MacRumors
Berkaitan
- Siri Xiaomi 14 Dijangka Hadir Dengan Bateri Lebih Besar
- Tarikh Pelancaran OPPO Find X3 Pro Untuk Pasaran Malaysia Kini Diumumkan
- Apple Dilapor Hentikan Sementara Pengeluaran iPhone 14 Plus
- realme Perkenal Teknologi Kamera 108MP Menjelang Pelancaran realme 8 Pro
- Rasmi: Acara Galaxy Unpacked Akan Berlangsung Pada 14 Januari 2021
- MacBook Pro Baharu Kini Rasmi - Cip M2 Pro Dan M2 Max, 8K HDMI, Sehingga 96GB RAM
- Bocor Draf Rekaan Awal Kereta, Xiaomi Minta Pampasan Lebih RM600 Ribu Daripada Pembekal
- Tak Perlu Padam Gambar, Apple Kata Storan iPhone 15 Dah Cukup Besar
- Mungkin Tiada Galaxy Note Akan Dilancarkan Untuk Tahun Ini - Samsung
- Xiaomi 14 Ultra Akan Dilancarkan Di China Tiga Hari Lebih Awal